Tuesday, September 15, 2009

3

terima kasih kerana masih setia untuk bersama aku. tidak terbalas untuk apa pun jika aku mahu berikan kepada kamu. jiwa aku sudah semakin ampuh, tidak sekuat yang dahulu. aku mula hilang dalam keriuhan. hilang dalam keramaian dan muncul dalam kesepian mimpi-mimpi kejora timur.

kamu tahu bukan, sekiranya kamu pernah bercinta. dimana cinta yang sering kamu agungkan itu. akan hilang seperti kelipan mata bila kita mulai sangsi dengan diri sendiri. apakah itu yang dinamakan 'soulmate'.

kita biarkan pengemis cinta dengan tekateki dirinya. kita biarkan si pemain cinta menjadi idola setiap wanita-wanita yang berjiwa celaka. perempuan-perempuan ini memang mudah ditipu. bukannya mati tapi hidup-hidup.

pekerjaan aku sudah mulai stabil. tidak lagi sibuk-sibuk sana sini. amungkin sekarang ini sudah mahu berhari raya. dulu aku teruja untuk berhari raya. sekarang ini agak berkurangan. mungkin juga kehidupan kita yang sudah meningkat naik dari segi harganya.

terima kasih kerana masih bersama aku.

No comments: