Tuesday, September 15, 2009

3

terima kasih kerana masih setia untuk bersama aku. tidak terbalas untuk apa pun jika aku mahu berikan kepada kamu. jiwa aku sudah semakin ampuh, tidak sekuat yang dahulu. aku mula hilang dalam keriuhan. hilang dalam keramaian dan muncul dalam kesepian mimpi-mimpi kejora timur.

kamu tahu bukan, sekiranya kamu pernah bercinta. dimana cinta yang sering kamu agungkan itu. akan hilang seperti kelipan mata bila kita mulai sangsi dengan diri sendiri. apakah itu yang dinamakan 'soulmate'.

kita biarkan pengemis cinta dengan tekateki dirinya. kita biarkan si pemain cinta menjadi idola setiap wanita-wanita yang berjiwa celaka. perempuan-perempuan ini memang mudah ditipu. bukannya mati tapi hidup-hidup.

pekerjaan aku sudah mulai stabil. tidak lagi sibuk-sibuk sana sini. amungkin sekarang ini sudah mahu berhari raya. dulu aku teruja untuk berhari raya. sekarang ini agak berkurangan. mungkin juga kehidupan kita yang sudah meningkat naik dari segi harganya.

terima kasih kerana masih bersama aku.

Hari Ini Dalam Sejarah

adakalanya aku melihat sesuatu perhubungan itu satu komplikated.

Tuesday, July 21, 2009

dua

rokok setengah batang dibuang pergi. aku menghembus saki baki asap yang terlekat diliang leher ini. hari ini hujan turun mencurah-curah sebanyak 2 round. jalan-jalan basah yang jatuh dari badan-badan kereta yang penuh dosa-dosa kering. aku berdiri dibawah opis aku. melihat ke atas bangunan, suasana sejuk dan redup. anak-anak gadis sekolahan berjalan pulang sambil baju sejolah basah-basah ayam. bila mereka besar jangan jadi ayam. kalau tidak pasti akan dijual dilorong-lorong sundal. aku tarik nafas oksigen yang masih ada disekekliling aku. tidak 100 peratus jernih. udara sudah semakin kotor. rokok dah habis. masa untuk beli yang baru.

satu.

kadang-kadang. aku rasa aku tidak faham dengan diri aku sendiri. dengan apa yang aku mahukan sebenarnya. aku keluarkan sebatang rokok. aku nyalakan api. aku hisap dan hembus asap rokok itu dengan penuh kesyahduan. fikiran aku kust. otak aku rimas. aku mula melihat keadaan sekeliling aku dengan persepsi yang berbeza. itu ini semua ingin menjamah aku. ingin mengambil hati aku dah sudah tua ini. jantung aku pun sudah berkarat dengan hitam-hitam tropika rokok. kelam.